Soalan:
1. Kawasan tersebut telah diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu, Hakmilik tidak dicop sebagai Tanah Rizab Melayu, dan tanah tersebut telah diduduki orang bukan melayu (Pegangan Melayu )sebelum pengwartaan tanah tersebut dilaksanakan. Soalan saya ialah apabila tuantanah membuat permohonan serahbalik dan berimilik semula atau Tukarsyarat/psempadan dan permohonan tersebut diluluskan. Adakah dicop hakmilik tersebut Sebagai Tanah Rizab Melayu semasa mendaftarkan tersebut, walaupun ianya masih dipegang Oleh Orang Bukan Melayu.
Jawapannya ialah:
Oleh kerana pemilik tanah tersebut bukan melayu maka tidak boleh dicop atau diendos dengan satu permintaan dalam Borang A Enakmen Rizab Melayu Negeri Sembilan diatas hakmilik tersebut kerana bercanggah dengan sek 6 (vi) Enakmen Rizab Melayu Negeri Sembilan 1933 seperti berikut:
6(vi) Walau apapun saja yang terkandung di dalam seksyen ini, pihak berkuasa pendaftaran yang sepatutnya hendaklah jangan membuat apa-apa peringatan di bawah seksyen ini ke atas dokumen hakmilik daftar atau hakmilik keluaran bagi mana-mana tanah di mana tuanpunya tunggalnya bukannya seorang Melayu atau tidak seorang jua pun daripadanya tuanpunya-tuanpunya bersamanya orang Melayu.
Ini bermakna bahawa walaupun tanah tersebut melalui proses tukar syarat dan pecah sempadan, namun cop atau endosan sebagai pegangan melayu tidak boleh dilakukan oleh Pentadbir Tanah.
Tetapi harus diingat jika pemilik (bukan melayu) telah membuat permohonan serahbalik dan berimilik semula melalui sek 204D KTN (menggunakan Borang 12D), maka pemberimilikan semula oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada pemilik asal (bukan melayu) adalah dilarang oleh sek 7 Enakmen Rizab Melayu Negeri Sembilan seperti berikut:
7. Sekatan berhubung dengan pemberimilikan.
Tiada apa jua tanah Kerajaan yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu boleh dijual, dipajak atau dilupuskan dengan cara lain kepada mana-mana orang yang bukannya seorang Melayu :
Dengan syarat Raja Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Nageri boleh memberi milik tanah Kerajaan yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu kepada mana-mana pertubuhan perbadanan atau syarikat yang dipertetapkan di dalam Jadual Ketiga, di mana Raja dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh, dengan perintah yang diterbitkan di dalam Warta, menambah kepada, memotong daripada, atau meminda dari masa ke semasa.
Dan disyaratkan selanjutnya bahawa mana-mana tanah Kerajaan yang telah diberimmlik itu hendaklah disifatkan sebagai pegangan Melayu
Friday, December 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment