ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

Wednesday, December 15, 2010

Kenaikan Taraf.

Kenaikan taraf biasa dilakukan oleh mana-mana Pentadbir Tanah. Contohnya sebahagian tanah yang berada di dalam Mukim A telah dinaikan taraf kepada Pekan A. Sebelum ini kenaikan taraf ini buat semakan semula setiap 10 tahun sekali. Contohnya pada tahun 1994 dan 2005. Sebenarnya kenaikan taraf ini boleh dibuat tanpa mengira masa atau pada suatu jangkamasa tertentu. Mungkin jangkamasa 10 tahun sekali akan di buat semakan ini dibuat secara kebetulan sahaja supaya sama dengan semakan semula kadar cukai tanah.
Banyak persoalan timbul selepas sesuatu kawasan diisytiharkan terlibat dengan kenaikan taraf.

Contoh:
1. (Hakmilik Pentadbir)
No. Hakmilik = PM 1234
Mukim = A
No. PA = 1234

2.
No. Hakmilik = HSM 1234
Mukim = A
No. PT = 2345

Contoh:
1. (Hakmilik Pendaftar)
No. Hakmilik = PN 1234
Mukim = A
No. PA = 4567

2.
No. Hakmilik = HSD 1234
Mukim = A
No. PT = 6789


dinaikan taraf ke Pekan A

Kenaikan taraf telah diisytiharkan melalui WKNS No. 123 bertarikh 1.1.1994 dan Pelan Warta ( PW 1234 ).

Apakah tindakan susulan yang perlu dibuat oleh Pentadbir Tanah selepas pengistiharan dibuat?

Rujuk Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Galian Bil. 8/1977

http://www.kptg.gov.my/

No comments: