ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

Wednesday, December 15, 2010

Serah Balik dan berimilik semula ( sek. 197)

Soalan.
Seorang tuanpunya tanah bercadang unuk membuat permohonan serah balik dibawah sek 197 (serah balik secara keseluruhan ) dan memohon sebahagian tanah kosong kerajaan untuk perniagaan. Pada masa yang sama tuan tanah tersebut masih mempunyai bebanan gadaian kepada sebuah Institusi kewangan. Adakah Pentadbir Tanah Daerah perlu menasihatkan tuanpunya tanah supaya melepaskan gadaian terlebih dahulu supaya permohonan tersebut dapat diteruskan?


Jawapan:

Tidak perlu bagi Pentadbir tanah meminta tuan punya tanah melepaskan gadaian terlebih dahulu sekiranya pemegang gadai bersetuju dengan permohoan tuan tanah tersebut. Pihak pemegang gadai hendaklah memberi kebenaran bertulis ke atas permohonan tersebut seperti yang dikehendaki di bawah perenggan (c)subseksyen (1)seksyen 196 ......bahawa tiap-tiap orang atau badan yang dinyatakan dalam subseksyen (2) telah memberi keizinan secara bertulis untuk pembuatan permohonan itu
(2)(a) mana-mana orang atau badan yang pada masa kelulusan itu dipohon, berhak kepada faedah mana-mana kepentingan berdaftar yang menyentuh gadaian tanah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahagian yang hendak diserahkan balik (termasuk gadaian mana-mana pajakan atau pajakan kecil) dan catitan hendaklah dibuat atas hakmilik. Tetapi sekiranya Pemegang Gadai tidak bersetuju permohonan tersebut tidak boleh diteruskan.

No comments: