ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

Friday, December 17, 2010

Pindahmilik tanah

Untuk pertukaran nama/hakmilik, masa yang di ambil adalah bergantung kepada sekatan kepentingan hakmilik tersebut kerana ada hakmilik yang memerlukan kelulusan pihak berkuasa negeri sebelum ianya boleh dipindahmilik, dipajak atau digadaikan. proses mendapatkan kelulusan ini bergantung kepada ciri yang disebutkan diatas.

Walau apa pun ada PERWAKILAN KUASA yang diturunkan kepada PENTADBIR TANAH DAERAH (PTD) untuk memberikan kelulusan.
Contohnya:
Pindahmilik dari IBU/BAPA kepada anak dan sebaliknya
Pindahmilik dari adik beradik.

Selain daripada itu permohonan selain yang disebutkan di atas perlulah
mendapat kebenaran dari Pihak yang tercatit di atas hakmilik tersebut
kerana ada juga hakmilik yang mensyaratkan kelulusan diperolehi daripada
Menteri Besar,Pihak Berkuasa Negeri malahan ada juga yang hanya Pentadbir
Tanah Daerah sahaja.

Sekiranya kelulusan hanya daripada Pentadbir Tanah Daerah sahaja. Kelulusan mungkin boleh diperolehi lebih cepat..mungkin dalam satu atau dua minggu sahaja.
Tetapi sekiranya perlu mendapat kelulusan PIhak Berkuasa Negeri mungkin mengambil
masa tiga hingga 6 bulan.

Sekiranya hakmilik tersebut tidak mempunyai apa-apa sekatan.
Pindahmilik boleh dilakukan dalam tempoh sehari.

Sekiranya permohonan ditolak...proses rayuan masih boleh dikemukakan
Antara masaalah pindahmilik ini ialah:
1. Geran hilang.
2. Pemilik/tuanpunya tanah telah meninggal dunia dan tiada pentadbir dilantik
3. Pemilik/tuanpunya tanah masih ada berhutang dagan bank dan pihak bank belum membuat permohonan melepaskan gadaian.
4. Pemilik tiada hakmilik beli dari pemaju dan pemaju dah bangkrap.

Proses pindahmilik boleh dilakukan sendirian atau dengan melantik peguam.
Melalui peguam:
1. Peguam akan membuat carian resmi.Tujuannya untuk memastikan penjual adalah pemilik yang sah seperti yang tercatit di dalam hakmilik yang didaftarkan di Pejabat Tanah berkenaan. Selepas itu draf agreement. Proses dalam 3-4 hari, kumundiannya kedua-pihak hadir untuk menandatangi perjanjian dengan byaran deposit dlm 10% hakmilik akan disimpan oleh peguam dan kedua pihak menandatangi borang 14 A.

No comments: