ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

Wednesday, December 15, 2010

Syarat Nyata Bangunan

Kes.


Seorang pemilik tanah telah membuat aduan mengenai cukai tanah yang tinggi. Setelah disemak didapati Penggunaan Tanah adalah Bangunan dan Syarat Nyatanya adalah Bangunan. Pengadu pernah membuat permohonan tukar syarat Pecah Sempadan daripada pertanian kepada bangunan. Di dalam menyediakan kertas Mesyuarat ke EXCO, Pentadbir Tanah Daerah telah menyatakan dalam syarat kelulusan bahawa syarat nyata tanah adalah bangunan sahaja.Semakan juga telah dibuat ke Unit Hasil untuk mengetahui apakah kadar cukai yang telah dikenakan. Unit Hasil memaklumkan oleh kerana syarat nyata adalah Bangunan, kadar cukai tertinggi bagi bangunan ialah bangunan Perniagaan, Oleh itu pengadu telah dikenakan cukai untuk kadar Bangunan Perniagaan.
Apakah cara penyelesaiannya?


Cara Pertama.

Pentadbir Tanah akan mengarahkan supaya dibuat satu siasatan di atas lapangan tanah yang diduduki, samada tanah tersebut telah didirikan Bangunan Kediaman atau Bangunan Perniagaan. Sekiranya tanah tersebut telah didirikan bangunan kediaman, berdasarkan lapuran tersebut boleh di pinda kadar cukai tanah daripada Bangunan Perniagaan kepada Bangunan Kediaman.

Cara Kedua.

Pentadbir Tanah akan membuat pembetulan ke atas Kertas Mesyuarat Exco daripada Bangunan kepada Bangunan Kediaman dan menghantar semula ke Exco untuk Kelulusan.
Dengan kelulusan tersebut akan dibuat pindaan atas syarat nyata hakmilik tersebut daripada Bangunan kepada Bangunan Kediaman.Tanpa kelulusan Exco, Pentadbir Tanah tidak mempunyai kuasa untuk membuat pindaaan/pembetulan pada syarat nyata hakmilik tersebut ( SEK 380). Bagitu juga Pentadbir tidak boleh mengarahkan pemilik tersebut untuk membuat permohonan meletekkan syarat seperti di dalam kes "NIL ONDITION" kerana kes ini tidak sama seperti yang di arahkan didalam kes "NIL CONDITION"
Catitan:
Sumber Rujukan: Tuan Haji Aziz dan Tuan Ab Khalid.

No comments: