ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

Wednesday, December 15, 2010

Permintaan Ukur

Kerajaan telah meluluskan satu kawasan sebagai "projek Kerajaan Untuk Rumah Rakyat"
Meluluskan di sini adalah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri melalui MMK.
Pemilihan peserta juga telah dibuat. Bayaran ansuran rumah tersebut telah habis dijelaskan oleh pemilik tanah tersebut kepada Unit Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Pemohon sekarang telah membuat permohonan tanah pula di Pejabat Tanah.
Pejabat Tanah pula, setelah projek tersebut mendapat Kelulusan MMK telah membuat "permintaan Ukur" ke Pejabat Ukur dan Pemetaan. Pejabat Ukur pula selesai membuat pengukuran mengikut pelan yang diluluskan Pejabat Pengarah Perancang Bandar dan Desa. (mengikut banyak lot seperti pelan layout). Selepas itu Pejabat Ukur dan Pemetaan mengeluarkan Pelan Akhir yang mengandungi nombor2 lot.

SOALAN:
1. Apakah perlu Pejabat menyediakan satu lagi PU bagi Rumah Rakyat tersebut selepas menerima bayaran premium tanah daripada peserta yang telah menjelaskan premium?
tersebut ?

JAWAPAN SAYA:
Tidak perlu, malahan tujuan PU awal adalah untuk tujuan tersebut. dan tidak sepatutnya hakmilik sementara dikeluarkan atas lot-lot tanah tersebut sebelum mendapat hakmilik kekal kerana Lot tersebut telah selesai diukur halus. Apa yang perlu dilakukan adalah melihat semula atau mendapatkan senarai bayaran Ukur yang dikenakan kepada setiap peserta Rumah Rakyat Tersebut. atau mendapatkannya daripada Pejabat Ukur dan Pemetaan berdasarkan kepada NO. PU tersebut, malahan sekiranya senarai itu telah ada, Pembantu Tadbir sepatutnya mengutip bayaran UPAH UKUR berdasarkan list tersebut. Dengan berbuat demikian tidak timbul lagi soal berapa telah kutip dan berapa belum dikutip lagi.

CATITAN:
Apabila selesai kerja ukur yang dilakukan, Pejabat Ukur akan mengenakan bayaran
"UPAH UKUR" ( perlu juga dilihat pengecualian upah ukur bagi RUMAH RAKYAT
Sekiranya satu lagi PU dihantar OLEH PTD bermakna tuan tanah akan dikenakan 2
UPAH UKUR.

No comments: