ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

Friday, December 17, 2010

Pindahmilik

Didalam hakmilik SPTB terdapat Nama Azizah binti Rahmat tuan punya tanah 1/8 bahagian dan terdapat juga nama azizah binti Rahmat 1/4 bahagian. Selain dari itu terdapat nama pemilik lain Rahmah Binti Othman 5/8 keluasan tanah adalah satu ekar.



soalan.

Apakah boleh dipindahmilik tanah tersebut 1/8 bahagian seperti yang tercatit di dalam hakmilik tersebut dipindahmilik kepada orang lain?

Berdasarkan kepada hakmilik manual tidak akan wujud nama azizah dua kali dicatitkan, semua bahagian akan dikumpul. Jumlah share yang dimiliki oleh azizah adalah 3/8 bahagian. Kemungkinan sistem SPTB tidak mengumpulkan bahagian tersebut kerana i/c berlainan ( satu i/c baru dan yang satu lagi i/c lama )atau alamat berlainan. Dan ini tidak berlaku didalam sistem manual jika pemiliknya adalah orang yang sama.
Dilam kes ini sepatutnya bahagian 1/4 atau 1/8 tidak boleh di pindahmilik secara berasingan sekiranya PTD mengetahui bahawa tanah tersebut dipegang oleh orang yang sama kerana tanah tersebut kurang dari seekar. Sekiranya Azizah ingin meneruskan pindahmilik tersebut beliau seharusnya memindah milik kesemua bahagian tersebut.

( Rujukan Tn Hj. Aiz Kementerian Tanah - bertarikh 27.3.2007 melalui telefon )

No comments: