Soalan
1. Sebidang tanah telah diwartakan untuk cadangan pengambilan balik tanah.Diantara lot yang terlibat sebidang tanah yang mempunyai satu hakmilik tetapi terdiri daripada 3 lot ( GM 2337 lot 756, 956 dan 355 )Oleh kerana Pentadbir Tanah bercadang untuk mengeluarkan hakmilik sambungan kepada hakmilik tersebut supaya setiap satu dari lot tersebut akan terdiri dari satu hakmilik, apakah kesannya kepada warta pengambilan yang telah disiarkan?
Jawapan:
Sebaik-baiknya Pentadbir membuat endosan pengambilan balik tersebut di keatas hakmilik lama dan selepas itu barulah hakmilik tersebut disambung kepada hakmilik baru. Sekiranya pengambilan balik itu hanya melibatkan satu sahaja lot contohnya, Lot 756, sebaik sahaja hakmilik tersebut disambung, endosan yang dibuat akan hanya terdapat pada hakmilik yang bernombor lot 756 dan tidak melibatkan lot lain. Tetapi sekiranya hakmilik telah disambung kepada hakmilik baru kumundianya endosan hendak dilaksanakan maka dalam keadaan ini warta perlu dibuat pindaan dengan memasukkan no hakmilik baru tersebut menggantikan no hakmilik lama.
Tetapi ianya tidak menghalang mana urusniaga.
Wednesday, December 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment