ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

Monday, December 27, 2010

Bos Lama




Antara yang pernah menjadi Bos aku

1. Dato Mustapha Saad
2. Dato Ismail Bin Dollah Harun
3. Dato Mahadi Bin Arshad
4. Dato Jasmil Bin Abd Ghani
5. Ujang Bin Taha
6. Idris Bin Ismail
7. Tuan Haji Hafiz
8. Tuan Hasnol Bin Mohamad

Sunday, December 26, 2010

Map Info - Querry

Untuk mencari sesuatu lot di dalam Map info dengan menggunakan fungsi
Query Select




Friday, December 24, 2010

Caveat2

Soalan:

Sebidang Tanah B telah dicaveatkan oleh A, setelah rundingan dibuat B bersetuju untuk memindahmilik tanah tersebut kepada A. Semasa pendaftaran pindahmilik tersebut adakah perlu A menarik balik caveat tersebut sebelum urusniaga disempurnakan atau urusan tersebut boleh diterima memandangkan caveatornya adalah A sendiri.

Jawapan:

A tidak perlu menarik balik kaveat kerana dikecualikan oleh sek 322(5)(a)KTN

Tanah SImpanan Melayu

Soalan:

1. Kawasan tersebut telah diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu, Hakmilik tidak dicop sebagai Tanah Rizab Melayu, dan tanah tersebut telah diduduki orang bukan melayu (Pegangan Melayu )sebelum pengwartaan tanah tersebut dilaksanakan. Soalan saya ialah apabila tuantanah membuat permohonan serahbalik dan berimilik semula atau Tukarsyarat/psempadan dan permohonan tersebut diluluskan. Adakah dicop hakmilik tersebut Sebagai Tanah Rizab Melayu semasa mendaftarkan tersebut, walaupun ianya masih dipegang Oleh Orang Bukan Melayu.

Jawapannya ialah:

Oleh kerana pemilik tanah tersebut bukan melayu maka tidak boleh dicop atau diendos dengan satu permintaan dalam Borang A Enakmen Rizab Melayu Negeri Sembilan diatas hakmilik tersebut kerana bercanggah dengan sek 6 (vi) Enakmen Rizab Melayu Negeri Sembilan 1933 seperti berikut:
6(vi) Walau apapun saja yang terkandung di dalam seksyen ini, pihak berkuasa pendaftaran yang sepatutnya hendaklah jangan membuat apa-apa peringatan di bawah seksyen ini ke atas dokumen hakmilik daftar atau hakmilik keluaran bagi mana-mana tanah di mana tuanpunya tunggalnya bukannya seorang Melayu atau tidak seorang jua pun daripadanya tuanpunya-tuanpunya bersamanya orang Melayu.

Ini bermakna bahawa walaupun tanah tersebut melalui proses tukar syarat dan pecah sempadan, namun cop atau endosan sebagai pegangan melayu tidak boleh dilakukan oleh Pentadbir Tanah.

Tetapi harus diingat jika pemilik (bukan melayu) telah membuat permohonan serahbalik dan berimilik semula melalui sek 204D KTN (menggunakan Borang 12D), maka pemberimilikan semula oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada pemilik asal (bukan melayu) adalah dilarang oleh sek 7 Enakmen Rizab Melayu Negeri Sembilan seperti berikut:

7. Sekatan berhubung dengan pemberimilikan.

Tiada apa jua tanah Kerajaan yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu boleh dijual, dipajak atau dilupuskan dengan cara lain kepada mana-mana orang yang bukannya seorang Melayu :

Dengan syarat Raja Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Nageri boleh memberi milik tanah Kerajaan yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu kepada mana-mana pertubuhan perbadanan atau syarikat yang dipertetapkan di dalam Jadual Ketiga, di mana Raja dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh, dengan perintah yang diterbitkan di dalam Warta, menambah kepada, memotong daripada, atau meminda dari masa ke semasa.

Dan disyaratkan selanjutnya bahawa mana-mana tanah Kerajaan yang telah diberimmlik itu hendaklah disifatkan sebagai pegangan Melayu

Bandung - Meh makan sedap

Nak rasa seafood....eii Leh Tahan Gak..






Ikan GURAME sweet sour atau soup jadi pilihan ....


Bandung Parfume



Kat sini sebut ajee parfume koorang...campur tu campur ni..dah jadik...



Akta GSA

GROUP SETTLEMENT ACT.

Sek. 3 --- Ukur keliling atas pelan Cadangan untuk mewartakannya dibawah akta GSA.
Sek. 4 --- Untuk ukur keliling kawasan yang diluluskan sebagai satu Rancangan Felda atau Felcra.
Sek 5. ---- Untuk kawasan Pertanian.
Sek 6 ----- Untuk kawasan Pegangan Bandar.

Soalan.

1. Satu kawasan telah dicadangkan untuk diwartakan sebagai Rancangan Tanah Felda...
Pejabat Tanah telah mennyediakan pelan cadangan pewartaan ke JUPem.Selepas itu warta dikeluarkan/diisytiharkan dibawah Sek 3 Akta GSA.Tidak berapa lama kumundian pengwartaan di bawah sek 4 pula dilaksanakan.Sebahagian tanah yang telah diwartakan dibawah sek 3 telah terkeluar dari kawasan seperti yang terdapat di dalam Pelan Warta dibawah sek 4. Tanah yang terkeluar tersebut telah pun diberimilik kepada orang perseorangan.seterusnya...

Permohonan ukur untuk Orang perseorang tersebut supaya batu sempadan ditanam dan hakmilik dikeluarkan tergendala kerana JUPEM menyatakan tanah tersebut telah
diisytiharkan sebagai TANAH GSA...apakah penyelesaiannya....