ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

Saturday, May 10, 2014

Perbicaraan Tanah Adat

Urusan melalui perbicaraan


Pihak yang berkaitan ( Pemilik Tanah, penerima, anak-anak pemilik Tanah lelaki / perempuan dan waris berkepentingan dipanggil hadir dalam perbicaraan.


Peraturan ini untuk mengesah dan membuktikan bahawa pemilik Tanah atas Tanah adat bukanlah milik mereka sepenuhnya dan pemilik Tanah perlu meminta kebenaran dari anggota keluarganya sebelum membuat sesuatu atas Tanah miliknya.


Kehadiran dan persetujuan Datok Lembaga diperlukan untuk mengesahkan orang yang akan menerima pindahmilik ini adalah waris sebenar dari suku yang sama.


> Sekatan yang dikenakan di bawah Sek. 205(3) DAN (4) KTN juga terpakai semasa membuat permohonan pindahmilik.


Dalam bentuk perbilangan ia dinyatakan:


" Tanah Pusako Tak Lomak Dek Santan,
Tak Kuning Dek Kunyit,
Tak Lapuk Dek Hujan,
Tak Lokang Dek Paneh,
Dianjak Layu diCabut Mati. "

No comments: