ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR
ZAMAN BEREDAR PESAKA BERGILIR

Saturday, May 10, 2014

Perbicaraan Tanah Adat

Urusan melalui perbicaraan


Pihak yang berkaitan ( Pemilik Tanah, penerima, anak-anak pemilik Tanah lelaki / perempuan dan waris berkepentingan dipanggil hadir dalam perbicaraan.


Peraturan ini untuk mengesah dan membuktikan bahawa pemilik Tanah atas Tanah adat bukanlah milik mereka sepenuhnya dan pemilik Tanah perlu meminta kebenaran dari anggota keluarganya sebelum membuat sesuatu atas Tanah miliknya.


Kehadiran dan persetujuan Datok Lembaga diperlukan untuk mengesahkan orang yang akan menerima pindahmilik ini adalah waris sebenar dari suku yang sama.


> Sekatan yang dikenakan di bawah Sek. 205(3) DAN (4) KTN juga terpakai semasa membuat permohonan pindahmilik.


Dalam bentuk perbilangan ia dinyatakan:


" Tanah Pusako Tak Lomak Dek Santan,
Tak Kuning Dek Kunyit,
Tak Lapuk Dek Hujan,
Tak Lokang Dek Paneh,
Dianjak Layu diCabut Mati. "

Kata Adat

Sistem Kekeluargaan Dalam Adat Perpateh.


"Serimbun Bak Serai,
Seharta sebenda,
Sepadan seperkuburan,
Sehina semalu,
Malu seorang, malu semua."


"Berumpun bak serai,
berlopak bak sawah,
Beruang bak durian,
Sesusun bak sireh,
Bersuku-suku anak buah,
Adat datar pusako satu."


"Konsep beranak seorang, menjaga ramai,
Malu seorang, malu semua."





Kata Adat

"Bulat anak buah menjadikan bopak,
Bulat buapak menjadikan Lembago,
Bulat Lembago menjadikan penghulu/undang,
Bulat penghulu/Undang menjadikan Raja"

Kata Adat

"Nak  tahu tingginyo pokok, Tanya kek Olang,
Nak tahu dalamnyo belukar tanyo kek puyuh,
Nak tahu lebarnyo padang, tanyo kek belalang,
Nak tahu panjangnyo pantai, tanyo kek bebarau."

Kata Adat

"Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat,
Tak Lapok Dek Hujan, Tak lokang Dek Paneh,
Dianjak Layu, DiCabut Mati,
Gomok Berpupuk,Sogar Bersiram,
Berjonjang Naik, Bertangga Turun,
Patah Tumboh, Hilang Boganti,
Pusaka Bergilir, Soko Berwareh,
Adat Bersondikan Hukum,Hukom Bersondikan Kitabullah,
Syrak Mengata, Adat Mengikut,
Adat dan Syarak Sandar Menyandar."

Sunday, September 30, 2012

Hidup Tak Tentu Arah

Pesan ayah Kak Jamaliah..... Kita ni bila Padam Puntung maka beseleraklah Bara.... Renung-renungkanlah....

Tuesday, April 12, 2011

MAP info ( masaalah kodinit )



Apabila sesuatu Drawing Map info yang berlainan LAYER dibuka bersekali dan mempunyai projection yang berbedza akan menimbulkan masaalah. Contohnya Layer A menggunakan Kodinit Cassini NS/Melaka dan yang satu lagi menggunakan kodinit Longitud dan Latitud. Untuk itu kita perlu menjadikan lukisan itu menggunakan Projection yang sama. Caranya,

1. Savekan lukisan yang hendak diubah ke Save as ....namakan yang baru.
2. Choose Projection - Non-earth - Non-earth ( Meters )
3. Non Earth Coordinate Bounds - Set kepada minimum = -10000000 dan maximum 10000000
4. Gunakan Translator dan traanslate kepada ESRI.
5. Translate semula kepada MapInfo Tab.

Terima Kasih kepada En ALI JPPD.